Ikelan

Monday, April 25, 2011

Adidas Porsche

HoHo.. Kasut adidas porsche aku dapat condition nya takda la sedap sedap.
Boleh la aku kasik dalam 8.5/10 . Harga dapat pun kira mahal gak la.

Tapi tetap puas hati. Mesti la dah beli kena la puas hati!!
adidas porsche brown


condition 8.5/10
harga ebay : $82usd
harga mudah.my : RM330







Aku suka adidas Vespa.~!!
Ada rezeki ada la..

Nike Max Edge 10+

Susah nak cari gambar kasut nie .Sebenarnya malas nak cari haha..
Kasut Nike Max Edge 10+ ni merupakan kasut yang bagi aku 
terbaik ia dapat mereda kan kesakitan tumit kaki aku yang `injured`.
Biasa la main futsal kan. Lelaki kalau tak main futsal tak jantan la,
baik pergi main masak masak dengan jiran sebelah rumah.


Nike Max Edge 10+


Condition 9/10
Harga ebay : $69-79usd
Harga al-ikhsan : RM299
Terbaekkk.





Harap-harap dapat satu lagi macam ni. Tapi nak warna hitam plak.

Special Effects Make Over

Tadi masa aku melayari internet aku ada terpikir macam mana rupa kita
kalau di `tua` kan. Aku pun macam biasa gunalah kemudahan youtube .



                                                             Meh sini aku share skit la kan .



















                                                               + Nak jadi tua pun mahal +

Edisi Sekolah Rendah 1

Kalau orang tanya aku dulu sekolah rendah kat mana , dengan rasa poyo jawap
Sekolah Mat Saleh . Sekolah Rendah Kebangsaan Saint Aidan ,Bahau Negeri
Sembilan. Tapi satu apa pun tak reti nak bercakap mat saleh apakan lagi
menulis. Ceh..

Masa tu aku duduk kat kampung la kan. Budak kampung bukan ada masa
lepak-lepak macam orang bandar dulu. Semua berjiwa rakyat . Ramai kawan
kawan kampung aku sekarang lost kontek. Pergh.. mesti dah besar dia orang kan.

Ok ok balik ke tajuk.. banyak kenangan la masa kat sekolah time ni walaupun
aku sekolah di sekolah ni dari tadika hingga ke darjah enam. Boleh kata semua
area sekolah tu aku tau. Tempat meyorok , tempat berantu , tempat tangkap ikan ,
lari luar pagar beli nasi lemak pagi pagi .


Logo Sekolah Aku







ok sampai sini aje.. nanti lain kali aku update lain.

Saturday, April 23, 2011

Abang angkat , adik angkat dan seangkatan

"hai nama saya Jamil, boleh saya jadi abang angkat awak tak".
"wei Saadiah, ada pak cik nak jadi kan kau anak angkat la"
Dan sebagainya....

Fenomena benda-benda terangkat ni dah lama sejak aku kecik lagi.
Ada la kisah kat tempat aku kerja ni, budak perempuan ni baru
je habis sekolah, Semua budak lelaki nak jadi kan dia adik angkat.
Budak hingusan lagi baru habis sekolah.

Tapi benda-benda cam ni susah nak kata la, mungkin pengangkat ni
ada tujuan lain. Baik buruk tak pasti, alasan saya tak ada adik
perempuan la, adik lelaki la, anak perempuan la , abang , kakak.
Last-last ada plak kes-kes yang tak di ingini.

Contoh budak perempuan ni , abang angkat dia mengaku nak berkenalan
dengan kakak dia, ceh.. Mula-mula nak jaga la sebab baru datang dari
kampung. Tektik la tu.. Keh keh.. Kantoi..

Ahh... Yang pasti mengambil kesempatan ramai dari yang nak membantu.







Jangan terangkat sudah!!!

Friday, April 22, 2011

Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN )

Program Latihan Khidmat Negara atau nama sotkat PLKN.
Aku ada seorang kawan perempuan yang baru habis
berlajar dan telah pun dipilih untuk mengikuti program ni
walaupun sebenarnya dia tak rela .

Aku berpendapat program ni bagus untuk budak-budak
seusia 18 tahun kerana ada di antara mereka yang boleh
aku dan orang-orang sekeliling gelar ` lembab ` .


`Lembab` bukan bermaksud bebal bodoh cuma
aku berpendapat ada di antara remaja sekarang yang
tidak tau kerja-kerja asas seperti mencangkul apa kan
lagi menebas . Pegang parang jauh lagi .

Yang membuat kan aku pelik ada jugak yang tak
reti untuk menyanyi kan lagu kebangsaan seperti
Negaraku , Demi Negara dan banyak lagi .Pelik
betul la. Lagu Justin Bieber tau plak.


Mungkin ada cerita-cerita yang pernah mereka
dengar seperti kematian semasa program ini.
Hantu la , gaduh , buli dan sebagainya
Tapi itu bukan alasan.

Bagi aku banyak benda berfaedah. Apa kan daya
tahun pengambilan pertama aku dah abis sekolah.
Junior-junior aku je yang kena. Siapa lahir 1986.
Pengalaman bagi aku lagi berharga .






                                                          Untuk lebih lanjut boleh rujuk PLKN

Wednesday, April 20, 2011

Century Egg / Telur padi

Bila aku makan je telur ni ramai kawan-kawan aku kata
" telur hitam? Apa benda kau makan tu " ,
" Peliknya , Sedap ke? lain macam je "
" Bak sikit rasa , asal pelik je bau dia "
Dan banyak lagi la soalan-soalan yang
aku pun malas nak jawap .





 Ala kadang-kadang aje ako rasa teringin nak
nak makan la. Bukan selalu pun , kadang 2-4 bulan sekali
je . Semua famili aku makan telur hitam ni.




Sebenarnya telur ni ada guna telur ayam , telur itik dan telur puyuh .


Yang ni dah dibungkus


haa..yang ni la warna hitam
Pelik ke?

kertas pembungkus




Mungkin ramai orang-orang melayu yang tak pernah makan
telur ni kan. Harga sebiji RM1.







Telur hitam takpe jangan hati hitam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan